Call Us : ( +62 ) 080 696 62000
Senin - Sabtu : 10.00 - 22.00

Visit our page

Thursday, 9 January 2014

Mari kenal FAKE perfume!!



Perbezaan yang cukup susah memandangkan teknologi yang semakin maju dan kepakaran hebat meniru sehingga ramai yang dah menjadi mangsa. Jika barang imitation sekalipun nyatakan dengan jujur semoga rezeki  akan datang melimpah ruah lagi ye :). Walaupun gred/reject tetap ada peminat nya tersendiri tapi jangan mengambil kesempatan pula.

Ok. Sekarang TAC coretkan sedikit tip untuk membezakan perfume fake atau original….

Yang selalu membuatkan kita terfikir betul ke,tipu ker ketika membeli minyak wangi ialah HARGA. Jika harga yang ditawarkan tidak masuk akal contoh harga perfume Rm100 sebotol,harga sama untuk semua jenama dan ml sudah tentu tidak asli memandangkan modal dan hakcipta pereka minyak wangi itu sendiri sudah tinggi.


Tengok pula botol nya jika macam tiada kualiti atau murahan sudah tentu dapat dibezakan dengan botol yang regang sambungan nya atau bentuk tidak sama.Minyak wangi yang ‘GENUINE’ sudah pasti botol nya berkualiti tinggi untuk menandakan produk mereka adalah ekslusif. Tulisan pada kotak atau botol kita boleh lihat ia lebih tajam(sharp) untuk yang original,tidak tanggal atau pudar ataupun tersalah ejaan..hehehe..

Kedudukan tulisan tidak betul.


Muncung spray pula jika kita tengok yang perfume fake agak susah untuk ditekan dan semburan tidak kemas dan menyebabkan botol basah terkena minyak wangi.Dan pastikan tiada buih kecil di dinding botol ya. Penutup/cap sudah tentu terletak elok dan ketat walaupun digunakan berkali-kali tetap utuh. Kalau buka kotak sahaja penutup tanggal jatuh, lupakan je lah.. :)

Penutup berbeza dengan original.

Untuk bauan pula sesiapa yang dah ada 'signature' mereka sendiri sudah tentu dapat menghidu ori atau tidak. Bagi yang tidak tahu semesti nya fake tidak tahan lama atau bau pelik/busuk. Tengok pula kandungan ml yang tidak sama dengan perfume ori contoh fake perfume saiz nya 100ml sedangkan yang ori maksimum ialah 90ml.

Goncang botol juga sebagai salah satu cara mengenali fake perfume,jika buihnya kecil halus itu adalah original dan jika buihnya hilang cepat atau ada buih besar disebabkan campuran dengan air itulah tiruan. Ataupun sembur diatas kertas dan biarkan ia 'vaporise' dan jika ada kesan seperti minyak ia adalah tiruan ambil masa yang lama untuk mengewap.

Perbezaan ketara.


Jadi kesimpulan nya jadilah pembeli yang bijak bukan untuk wang ringgit kita sahaja tetapi kesihatan kita juga kerana kita tidak tahu kandungan kimia fake perfume ini.

Original perfume tidak mustahil juga dijual dengan harga murah dari kaunter di shopping mall jika ia dibeli secara pukal dan perfume tester juga sudah ada peminatnya di Malaysia. Selalu nya datang dengan kotak putih/coklat dan tulisan 'tester' / 'not for sale'. :)

Jadi sesiapa berminat dengan 'GENUINE PERFUMES' boleh hubungi kami.

'SHOP WITH CONFIDENT'




LOVINPARFUMS



SHARETHIS

Floating Facebook Widget